

Kharismanews.id – ARQ merupakan sekumpulan pemuzik yang versatil, dipengaruhi unsur-unsur muzik new wave
dengan lagu yang mudah dinyanyi bersama, riff yang menarik dan lirik yang
penuh maksud tersirat. Dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan seperti The
Police dan Inhaler, dan artis seperti Sam Fender, lagu-lagu mereka juga
merangkumi intipati pelbagai genre lain seperti rock ’90-an, blues, reggae, dan
juga segelintir pop-punk dan jazz.
ARQ amat cenderung dengan persembahan live yang penuh bertenaga, dan
kumpulan ini sering beraksi di pentas-pentas gigs di merata tempat, malah
berkesempatan menjayakan tur Malaysia dan Indonesia.
ARQ ditubuhkan pada 2022 dan telah mengeluarkan beberapa single sejak itu.
Pada tahun 2023, mereka juga bekerjasama dengan Rexius Records untuk
mengembangkan lagi muzik mereka ke merata dunia.
Arq bio
2








