Single Seorang Kaki tangan KKM Mendapat Sambutan Hangat Di Indonesia

Kuala Lumpur, kharismanews.id – Lagu single seorang penyanyi yang masih bertugas sebagai kakitangan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah meletop di Indonesia.
Penyanyi itu ialah Aida Elias atau lebih dikenali sebelah Utara sebagai Mami Aida.
Pada awal tahun ini dia telah rakam sebuah lagu single “Cari Pacar” tetapi oleh kerana
peraturan sangat ketat di Malaysia pada ketika itu untuk membuat persembahan, single
itu telah dilancarkan di Indonesia pada bulan Februari 2022. Lagunya telah mendapat
sambutan hangat di stesen-stesen radio Indonesia dan ini telah menempatkan lagunya
di carta lagu dangdut Indonesia.
Lagu “Cari Pacar” telah mendapat tempat dan naik di dalam carta top/hits dangdut
Hinngga posisi ke-2 dalam beberapa carta radio disana.
Mami Aida bakal melakar sejarahnya tersendiri di Malaysia apabila akan menganjurkan
Showcase pertamanya di Kuala Lumpur “Mami Aida Live di Hard Rock Café pada 16
Julai 2022 depan.
Showcase in dianjurkan oleh BEST FBKL Concerts dan Muzik Dua Karya untuk
mengenalkan artis rakaman baru dalam industry muzik tempatan ini kepada Rakyat
Malaysia khususnya di luar Pulau Pinang
Mami Aida Bakal akan mendendangkan 15 lagu semasa showcasenya. Dia bakal
mempersembahkan lagu daripada beberapa genre termasuk balada, rock dan dangdut.
Selain daripada nyanyi lagu singlenya dan lagu dangdut lain, dia akan buat tribute kepada
dua artis yang telah menjadi inspirasi kepadanya iaitu Ziana Zain dan Liza Hanim.
Peminat yang ingin menyaksikan Showcase “Mami Aida Live DI Hard Rock Café pada
16 Julai boleh mendapatkan tiket menerusi laman sesawang myticket.asia.
Di dalam sebuah sidang media pada 21 Julai 2022 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur,
pihak penganjur telah berkongsikan beberapa fakta tentang Mami Aida.
Aida Elias (Lahir 15 Januari 1980) adalah anak seni kelahiran Pulau Pinang berketurunan
Jawi Peranakan dikenali sebagai PENGHIBUR di Utara Malaysia kerana aktif di pentas
sebagai penyanyi, pengacara, pelakon dan sering mengendalikan pentas dalam bentuk
jenaka secara spontan.
Aida Alias juga seorang kakitangan kerajaan yang masih bertugas di KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA dari Tahun 2007 sehingga ke hari ini iaitu bagi tahun ke 15, Aida
Elias membahagikan masa waktu kerja sebagai staf KKM, Penghibur dan ibu kepada 3
org anak.
Aida Elias Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Jelutong, Georgetown,
P. Pinang dan sesi menengah di Sekolah Menengah Sungai Dua, Butterworth.
Aida mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang penyanyi tempatan, dia menaiki
pentas dari Tahun 1990 untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan
dan pesta keramaian serta banyak lagi.
Berbekalkan dorongan keluarga dan pengalaman tersebut Aida mula menyertai banyak
pertandingan nyanyian dan Battle of The Band sekitar negeri di Utara Malaysia.
Pada tahun 1998, Aida Elias menyertai pertandingan nyanyian anjuran TV3 SINARAN
PASPORT KEGEMILANGAN dan menjadi Johan Mingguan dan ini sekaligus menjadi
titik mula sebagai PENGHIBUR di Utara Malaysia.
Aida pernah menjadi antara barisan pelakon di dalam beberapa TELEMOVIE di Astro,
antaranya SELAMAT PAGI ABANG POSMEN arahan Zulkiflee M Osman, CINTA DI
KAKI GUNUNG JERAI arahan Khalid Sulaiman dan banyak lagi.
Aida sangat aktif mengadakan persembahan secara tertutup untuk VIP-VIP di hotel
terkemuka dan dia juga turun padang membuat persembahan di Karnival seperti Karnival
Pulau Pinang
Selain di Malaysia, Aida pernah mengadakan persembahan di Indonesia bersama band
terkenal PALLAPA.
Aida mendapat sambutan baik ketika mengadakan persembahan di Singapura di
konsert DANGDUT MAUT 2019 anjuran Seri Maharani Events Singapore.
Aida dikenali sebagai seorang penyanyi yang versatile dan boleh membawa pelbagai
genre lagu serta bahasa dan dia dikenali ramai kerana sikapnya yang periang, ramah
dan mudah di dekati.
Pada 2020 dia di lamar oleh Syarikat Rakaman Muzik Dua Karya semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 dan wujudnya single pertama berjudul CARI PACAR.
Ini adalah titik permulaan Aida Elias bergelar artis rakaman Muzik Dua Karya walaupun
telah lama berkecimpung dalam dunia seni.
Aida Elias sebelum ini pernah viral di FACEBOOK ketika mengadakan persembahan di
Pantai Murni, Yan Kedah bersama band beliau SERA SIX BAND sebelum PKP dengan
lagu Perawan Atau Janda dan video tular tersebut mencecah 3.7 juta tontonan.
Memegang gelaran artis rakaman serta masih lagi bertugas sebagai staf di KKM sesuatu
yang bukan mudah untuk dilakukan serentak namun 3 cahayamata menjadi inspirasi dan
kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam karier dan kehidupan.( Mang )