KUALA LUMPUR, kharismanews.id – 10 JUN 2022 – Ijam Majid melancarkan single terbaru beliau
berjudul TAK MUNGKIN KEMBALI pada 10 Jun 2022. Ini diikuti dengan video muzik yang
juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama. Menurut penyanyi Ijam Majid, kisah di sebalik
lagu TAK MUNGKIN KEMBALI ini adalah mengenai pasangan yang bercinta dengan teman
karibnya tanpa pengetahuannya. Menyedari pasangan dan teman karibnya bercinta
dibelakangnya membuatkan kekasih tersebut tidak ingin kembali berhubung kepada mereka.
Lirik dan lagu TAK MUNGKIN KEMBALI dicipta sepenuhnya oleh komposer Mr Lycon.
Seperti artis lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, Ijam Majid juga terus
berfikiran positif untuk terus menyanyi, dan akan terus berharap agar dapat kembali membuat
persembahan secara langsung di masa akan datang. TAK MUNGKIN KEMBALI adalah
sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia Ijam Majid dan berharap TAK
MUNGKIN KEMBALI dapat memenangi hati para pendengar baru. Ijam Majid juga berharap
jika ada penganjur yang akan memberi ruang dan peluang untuk beliau.
Ijam Majid memulakan karier seni pada tahun 2007 sebagai sebagai seorang pelakon.
Mula mencuri perhatian di dalam sebuah drama di stesen TV swasta yang bertajuk Tower13
yang disiarkan pada 2009. Selepas itu Ijam Majid terus diberikan peluang berlakon di beberapa
buah drama TV antaranya Juvana, Lara Hati, Soffiya dan lain-lain. Kemudian pada tahun 2013
Ijam Majid berehat seketika dalam bidang seni kerana memberi tumpuan dalam perniagaan
ayahnya. Pada 2016 Ijam Majid kembali semula dalam dunia hiburan Malaysia tetapi dalam bidang nyanyian.
Pada 2019 Ijam Majid mengeluarkan single pertama beliau bertajuk PEJUANG CINTA yang
berkonsepkan rock ciptaan sepenuhnya oleh Zaza Zack. Pada tahun 2020 Ijam Majid
mengeluarkan single kedua bertajuk PERMAINANMU. Lagu ini mendapat tempat di beberapa
stesten radio di Indonesia dan pernah menjuarai carta radio streaming 5 minggu berturut2. Lagu
Permainanmu juga mendapat penghargaan sebagai lagu Pop Most Request On Air Terfavourit
di Raka Music Award 2021 dan juga sering diputarkan di radio melayu melbourne Australia.
Pada 2021 Ijam Majid mengeluarkan 2 single beliau bertajuk DUA INSAN dan lagu patriotik
sempena kemerdekaan Malaysia bertajuk NAGAKU WARA WARA NIA dan lagu DUA
INSAN mendapat putaran serentak di seluruh radio2 indonesia.
Lagu TAK MUNGKIN KEMBALI juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya
Spotity, Joox, KKbox,, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.