Aida Elias

Kharismanews id – AIDA ELIAS anak seni kelahiran Pulau Pinang berketurunan JAWI PERANAKAN di kenali sebagai PENGHIBUR di Utara Malaysia kerana aktif di pentas sebagai penyanyi, pengacara, pelakon dan sering mengendalikan pentas dalam bentuk jenaka secara spontan.

Mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang penyanyi tempatan, Aida Elias menaiki pentas dari Tahun 1990 utk mengadakan persembahan di majlis2 perkahwinan, hotel2 dan pesta keramaian serta byk lagi.

Berbekalkan dorongan dan pengalaman tersebut AIDA ELIAS mula menyertai banyak pertandingan nyanyian dan Battle Of The Band sekitar negeri di Utara Malaysia. Pada Tahun 1998, AIDA ELIAS menyertai pertandingan nyanyian anjuran TV3 SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN dan menjadi JOHAN MINGGUAN sekaligus menjadi titik mula sebagai PENGHIBUR di Utara Malaysia.

Pernah menjadi antara barisan pelakon di dalam beberapa TELEMOVIE di Astro, sangat aktif mengadakan persembahan secara tertutup VIP di hotel2 terkemuka dan di KARNIVAL2 mengikut kesesuaian majlis. Selain di Malaysia, AIDA ELIAS juga pernah mengadakan persembahan di Indonesia dan Singapura.

AIDA ELIAS seorang penyanyi yang versatile dan boleh membawa pelbagai genre lagu serta bahasa dan beliau adalah seorang yg periang, ramah dan mudah di dekati.

Berbekalkan pengalaman yg ada AIDA ELIAS sebagai band leader kepada SERA SIX BAND bergerak secara aktif utk mengadakan persembahan sehinggalah salah 1 persembahan beliau viral di Malaysia menerusi lagu PERAWAN ATAU JANDA yg mana mendapat tontonan lebih dari 3.6 juta tontonan di Facebook.

Selain di kenali sebagai penghibur, bagi menghargai sokongan pengikutnya, AIDA ELIAS melahirkan produk sendiri pada Tahun 2020 dan beliau kini merupakan seorang pengasas dan usahawan Kosmetik MOMMY BEAUTY FOUNDATION di Malaysia. Sibuk dgn tugas harian dan bisnes, namun beliau seorang yang dekat di mata dan hati pengikutnya, AIDA ELIAS sering berkomunikasi dgn pengikut secara aktif di BIGO selain di media sosial yg lain seperti FACEBOOK, IG dan TIK TOK.

Lagu CARI PACAR merupakan single pertama dlm hidup beliau sebagai anak seni yang telah lama hadir dalam industri dan menjadi hadiah istimewa utk pengikutnya. Lamaran dari syarikat MUZIK DUA KARYA utk menjadikan AIDA ELIAS sebagai ARTIS dangdut di bawah naungan mereka semestinya akan memeriahkan lagi industri muzik.